https://youtu.be/20rXEtG4CjQ
Sensor IMX500 dan IMX501 ini merupakan konfigurasi berlapis. Ia mengandungi kedua-dua lapisan imej pixel untuk pengimejan dan juga litar logik untuk AI. Data yang diperoleh dari pixel akan diproses oleh AI yang seterusnya mempercepatkan kemampuan maklumat diproses. Ini adalah kerana ia tidak memerlukan bantuan pemprosesan atau memori dari pihak ketiga langsung.
Apa yang membezakan kedua-dua model tersebut adalah IMX500 merupakan sensor semata-mata dalam keadaan fitrahnya manakala IMX501 pula telah dipakejkan secara lengkap. Penghasilan model berbeza ini adalah perlu kerana ia adalah untuk memenuhi setiap jenis permintaan pengeluar lain.
Dari segi spesifikasi, sensor ini menangkap imej bersaiz 12.3MP dan mempunyai saiz fizikal 1/2.3" dengan saiz pixel 1.55 micron. Sensor ini juga turut mempunyai penuras warna Bayer dan mampu merekod video 4K 30fps dengan pemprosesan AI. Jika tiada pemprosesan AI, maksimum kualiti video yang boleh direkod pula adalah 4K 60fps.
Antara perkara menarik mengenai sensor ini adalah, pengguna/pengeluar boleh mereka sendiri model AI ke dalam memori sensor dan mengemaskininya mengikut sistem yang diprogramkan.
Sensor ini walau bagaimanapun tidaklah ditujukan untuk kamera peranti pintar kerana Sony lebih memfokuskannya kepada industri seperti IoT, dan industri ke arah komputeran awan.
IMX500 dan IMX501 dijangka membuat pelancaran dalam produk bermula tahun hadapan. Sampel sensor IMX500 untuk tujuan percubaan dan ujian telah pun dijual pada harga JPY10,000 (~RM406) manakala untuk IMX501 pula ia akan dipasarkan bermula Jun nanti dengan harga JPY20,000 (~RM813).
Sumber: Sony
Berkaitan
- Sony Bergelut Untuk Penuhi Permintaan Sensor Kamera Seluruh Dunia
- Sony A7C Boleh Dipra-Tempah Pada Harga Bermula RM8,399 Di Malaysia
- Sony Malaysia Buka Pra-Tempahan Kedua Untuk PlayStation 5 Pada 8 Januari
- Sony Umum Teknologi 2x2 On-Chip Lens (OCL) Untuk Sensor Kamera Fokus Lebih Pantas
- Ini Adalah Prototaip Sony Ericsson VAIO - Telefon Pintar Dengan Engsel Gelungsur Yang Dibatalkan
- Microsoft: Biar Sony Umum Dahulu Harga Konsol PS5 Mereka
- Sony Dan Omnivision Syarikat Seterusnya Diberikan Lesen Untuk Berurus Niaga Sensor Kamera Kepada Huawei
- Sony Juga Menarik Diri Dari Acara MWC 2020 Disebabkan Wabak Koronavirus
- Harga Konsol Sony PS5 Diumumkan Bermula $399, Bakal Tiba Di Malaysia November Ini
- Sony Dijangka Lancar Xperia 5 II Dilengkapi 5G